KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir atau hujan lebat di tujuh negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini meramalkan cuaca itu akan melanda sebahagian besar Sabah antaranya Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau, Tawau, Sandakan, Telupid dan Beluran.

Keadaan sama juga diramal berlaku di Sarawak iaitu di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu.

Lima negeri di Semenanjung juga dijangka mengalami ribut petir atau hujan lebat petang ini iaitu Kedah di Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) dan Jeli, Kelantan.

Turut diramal mengalami cuaca sama ialah Johor melibatkan kawasan di Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru manakala Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang dan Dungun.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Open Two Websites with Image

Clickable Image