HANOI: Angka korban akibat Taufan Bualoi di Vietnam meningkat kepada 11 orang, dengan 13 lagi masih hilang manakala 33 yang lain cedera, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan Nhan Dan pada Isnin.
Taufan itu turut merosakkan beberapa infrastruktur awam, rumah dan kapal nelayan, selain menyebabkan gangguan bekalan elektrik di utara dan tengah Vietnam, menurut laporan itu.
Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada Isnin menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga mangsa, sambil menggesa pihak berkuasa segera menangani akibat ribut dan banjir yang berlaku - BERNAMA-Xinhua