the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Perak merampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis di sini semalam.

Pengarahnya Kapten Mohamad Shukri Khotob berkata kesemua bubu terbabit dikesan oleh sepasukan anggota APMM Perak yang sedang melaksanakan rondaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari hingga 3.10 petang.

“Semua bubu naga itu dirampas di dua kedudukan berbeza sekitar 1.8 batu nautika dari barat daya Pulau Talang dan 1.6 batu nautika dari barat Pantai Remis oleh sepasukan anggota APMM yang melaksanakan rondaan.

“Rondaan telah menemukan bendera berwarna merah, putih serta botol minuman yang dijadikan pelampung dan diikat pada pancang kayu di lokasi terbabit. Pemeriksaan lanjut mendapati pancang kayu itu ialah penanda kepada bubu berkenaan yang dipasang pihak tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Shukri berkata kesemua bubu berkenaan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM Perak untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi sebarang pelanggaran undang-undang di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak melalui talian 05-6838737 untuk tindakan segera.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Orphanage fire kills 11 as Algeria struggles in heatwave

Fire at an Algiers orphanage kills 11, including children, as Algeria battles a heatwave and hundreds of wildfires nationwide

Rhenus to Further Strengthen Warehousing Solutions in the Philippines

Rhenus Philippines aims to develop modern warehouse infrastructure and improve in-country operational efficiency, elevating the quality of warehousing services through enhanced processes, technology-enabled fulfillment, and streamlined logistics.

Johnson Electric reports Business and Unaudited Financial Information for the First Quarter of Financial...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 16 July 2026 - This news release is made by Johnson Electric Holdings Limited ("Johnson Electric" or the "Company" and together with its subsidiaries, the "Group") for the business operations and selected unaudited financial information of the Group for the three months ended 30 June 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings