the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Asrama SMK Song 1 terbakar, empat warden dan dua pelajar selamat

KAPIT: Empat warden dan dua pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1 sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan bangunan asrama sekolah itu hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 4.15 petang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Song digegaskan ke lokasi yang jaraknya hanya dua kilometer.

“Kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat jenis kekal. Kebakaran hanya melibatkan tingkat atas sebanyak 60 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pemadaman menggunakan satu aliran 91 meter dua nozel air dari pam pili bomba dan satu aliran hos salur bantu mula.

Kebakaran, katanya tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa manakala puncanya sedang disiasat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings