the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir lumpuhkan Manila dan beberapa kawasan

MANILA: Hujan berterusan akibat Taufan Gaemi dan monsun barat daya menyebabkan kejadian banjir hingga melumpuhkan ibu negara Filipina dan banyak kawasan di Pulau Luzon pada Rabu, lapor Xinhua.

Banjir memaksa penduduk berhampiran Teluk Manila dan kawasan sungai serta pesisir di wilayah tengah dan selatan untuk berpindah.

Sekolah dan pejabat kerajaan ditutup, manakala sekurang-kurangnya 16 penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino.

Bencana itu turut mengakibatkan banyak jalan di wilayah ibu negara tidak boleh dilalui dan beberapa kenderaan terkandas ketika cuba melintasi jalan raya yang ditenggelami air.

Kerajaan masih belum melaporkan kematian berkaitan banjir kali ini.

Radio tempatan melaporkan bahawa seorang budak lelaki berusia 14 tahun hilang selepas mengharungi banjir di wilayah Rizal, timur Manila.

Biro kaji cuaca Filipina, PAGASA memaklumkan Gaemi bergerak ke arah barat laut pada kelajuan 25 kilometer (km) sejam dengan kelajuan 155 km sejam dan angin kencang sehingga 190 km sejam.

Gaemi, taufan ketiga yang membadai Filipina tahun ini dijangka meninggalkan Filipina pada malam Rabu atau awal pagi Khamis.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings