• 2025-10-10 08:42 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI terus menegaskan komitmen untuk memastikan tiada komuniti yang terpinggir termasuk masyarakat Orang Asli, golongan orang kurang upaya, bekas banduan dan pelarian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RM412 juta diperuntukkan bagi memperkasakan komuniti Orang Asli secara menyeluruh ketika membentangkan Belanjawan 2026.

Beliau berkata kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Orang Asli 1954 bagi memperkukuh hak dan kebajikan masyarakat itu.

Kerajaan juga akan menambah baik jalan di kampung-kampung Orang Asli dengan kos RM155 juta termasuk pembinaan jalan baharu di beberapa lokasi.

Premis taman bimbingan kanak-kanak di semua kampung Orang Asli akan dinaik taraf dengan peruntukan hampir RM13 juta termasuk pembinaan empat tabika baharu.

Program Chup Badui Sikulah iaitu sekolah terapung di Hulu Perak akan diperluas bagi memberi pendidikan kepada lebih 350 anak-anak Orang Asli.

Dalam aspek kebajikan OKU, kerajaan memperuntukkan hampir RM1.4 bilion sebagai bantuan kepada pelbagai kategori OKU.

Kerajaan akan menyediakan 100 van khas dilengkapi sistem pengangkat kerusi roda bagi meningkatkan mobiliti OKU.

Pusat Perkhidmatan Autisme akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak bagi memberi manfaat kepada 13,000 individu autisme dan keluarga mereka.

Kerajaan turut bercadang meningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan anak kurang upaya daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Melalui Dasar Peluang Kedua, seramai 200,000 rakyat telah bebas daripada belenggu bankrap sejak Mac 2023.

Dasar Peluang Kedua Fast Track diperkenalkan untuk membela ibu bapa tunggal, usahawan mikro terkesan, mangsa scam dan mangsa projek terbengkalai.

RM15 juta diperuntukkan untuk memperkasakan Program Peluang Kedua untuk manfaat 1,700 bekas penagih dadah dan 3,000 bekas banduan wanita.

Kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk Program Dokumen Pendaftaran Pelarian atas dasar kemanusiaan.

Tiga Depot Tahanan Imigresen dan tiga Baitul Mahabbah akan dinaik taraf sebagai Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka.

Belanjawan yang mengangkat tema “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” itu merupakan edisi keempat dalam siri Belanjawan MADANI.

Ini merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 2026-2030. – BernamaKUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI terus menegaskan komitmen untuk memastikan tiada komuniti yang terpinggir termasuk masyarakat Orang Asli, golongan orang kurang upaya, bekas banduan dan pelarian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata RM412 juta diperuntukkan bagi memperkasakan komuniti Orang Asli secara menyeluruh ketika membentangkan Belanjawan 2026.

Beliau berkata kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Orang Asli 1954 bagi memperkukuh hak dan kebajikan masyarakat itu.

Kerajaan juga akan menambah baik jalan di kampung-kampung Orang Asli dengan kos RM155 juta termasuk pembinaan jalan baharu di beberapa lokasi.

Premis taman bimbingan kanak-kanak di semua kampung Orang Asli akan dinaik taraf dengan peruntukan hampir RM13 juta termasuk pembinaan empat tabika baharu.

Program Chup Badui Sikulah iaitu sekolah terapung di Hulu Perak akan diperluas bagi memberi pendidikan kepada lebih 350 anak-anak Orang Asli.

Dalam aspek kebajikan OKU, kerajaan memperuntukkan hampir RM1.4 bilion sebagai bantuan kepada pelbagai kategori OKU.

Kerajaan akan menyediakan 100 van khas dilengkapi sistem pengangkat kerusi roda bagi meningkatkan mobiliti OKU.

Pusat Perkhidmatan Autisme akan diperluas ke Labuan, Sabah dan Sarawak bagi memberi manfaat kepada 13,000 individu autisme dan keluarga mereka.

Kerajaan turut bercadang meningkatkan pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan anak kurang upaya daripada RM6,000 kepada RM10,000.

Melalui Dasar Peluang Kedua, seramai 200,000 rakyat telah bebas daripada belenggu bankrap sejak Mac 2023.

Dasar Peluang Kedua Fast Track diperkenalkan untuk membela ibu bapa tunggal, usahawan mikro terkesan, mangsa scam dan mangsa projek terbengkalai.

RM15 juta diperuntukkan untuk memperkasakan Program Peluang Kedua untuk manfaat 1,700 bekas penagih dadah dan 3,000 bekas banduan wanita.

Kerajaan memperuntukkan RM10 juta untuk Program Dokumen Pendaftaran Pelarian atas dasar kemanusiaan.

Tiga Depot Tahanan Imigresen dan tiga Baitul Mahabbah akan dinaik taraf sebagai Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka.

Belanjawan yang mengangkat tema “Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat” itu merupakan edisi keempat dalam siri Belanjawan MADANI.

Ini merupakan belanjawan pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 2026-2030. – Bernama