NYALAS: Seorang penduduk terkejut apabila menemui sebutir bom lama semasa membersihkan kebun kelapa sawit miliknya di Felda Bukit Senggeh, Nyalas.
Objek itu disahkan sebagai Unexploded Ordnance (UXO) dengan berat anggaran 227 kilogram.
Ketua Polis Daerah Jasin, Supt Mohamad Rusli Mat, berkata pihak polis menerima laporan pada pukul 1.47 petang sebelum menghantar pasukan Unit Pemusnah Bom ke lokasi.
“Pasukan akan laksanakan pemusnahan terkawal mengikut SOP esok,“ jelasnya.
Beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. – Bernama