the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba Kelantan kenal pasti 18 ‘hotspot’ kepala air

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 18 ‘hotspot’ membabitkan enam jajahan di negeri ini yang berisiko berlaku kejadian kepala air.

Pengarahnya Zainal Madasin berkata kesemua ‘hotspot’ berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Beliau berkata di Kuala Krai pula membabitkan tujuh lokasi iaitu Lata Rek, Lata Berangin, Air Terjun Istana Sangkut, Lata Chenulang, Lata Y, Air Terjun Jelawang Dabong dan Lata Kertas selain Lata Hujan serta Lata Bijih di Tanah Merah.

“Bagi jajahan Jeli pula melibatkan empat lokasi tumpuan pelancong iaitu Lata Janggut, Lata Keding, Lata Turbo dan Lata Kashmir. Selain itu, Air Terjun Bukit Bakar dan Jeram Linang di Machang turut dikesan berisiko kejadian kepala air manakala satu lokasi di Gua Musang iaitu Jeram Pelangi Renok.

“Mengikut pemerhatian kita, sejak kebelakangan ini hampir setiap hari hujan dan saya tidak menafikan beberapa insiden tanah runtuh atau kejadian kepala air mungkin akan berlaku terutama di kawasan sungai atau pusat rekreasi,“ katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan JBPM Kelantan di sini hari ini.

Zainal berkata pihaknya merekodkan sebanyak lima kematian yang berlaku di jeram dan air terjun pada tahun lepas selain 13 mangsa berjaya diselamatkan.

“JBPM Kelantan akan sentiasa mengadakan pemantauan secara berkala di lokasi yang telah dikenal pasti terutama sewaktu hujung minggu dan cuti sekolah,“ katanya.

Sementara itu, Zainal berkata pihaknya turut mengenal pasti lapan lokasi berisiko berlaku tanah runtuh iaitu di Jalan Kuala Betis-Lojing, Jalan Gua Musang-Lojing, Lebuhraya Timur Barat Jeli-Gerik serta sekitar Lojing dan Lata Rek.

“Kawasan Gunong Stong, Chuchuh Puteri di Kuala Krai serta Batu 18 Jalan Timur Barat Jeli juga dikenal pasti berisiko berlaku tanah runtuh. Anggota kita akan sentiasa memantau kawasan ini dengan dibantu pasukan Safety Water and Rescue Team (SWART) selain bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) sekiranya perlu,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Children of Malays and foreign Muslim spouses can be registered as Malays – Saifuddin

Children born to Malaysian Malays and their foreign Muslim spouses may be registered according to either parent’s ancestry, but marriage to a Malay citizen does not automatically confer Malay ancestry or Bumiputera status on the foreign spouse.

Higher wages alone insufficient without productivity gains, says CIMB

Higher wages under Budget 2027 will require productivity gains, business investment and technology adoption to sustain competitiveness and create better jobs, according to CIMB Treasury and Markets Research.

Suresh Peters’ first JB show to evoke memories of 1990s Tamil cinema

Indian singer-composer Suresh Peters, known for his contributions to Tamil film music in the 1990s, will perform in Johor Bahru for the first time at the ‘Legends Vibe – Live in JB’ concert on Dec 5.

Higher JAKOA funding to improve Orang Asli education and basic amenities

The increase in the Department of Orang Asli Development (JAKOA) allocation by RM24 million to RM445 million under Budget 2027 will expand access to education and improve basic facilities for the community, particularly the Temiar tribe in the interior of Kelantan.

Jordan’s game-worn Bulls jersey fetches US$14 million in private sale

A jersey worn by basketball legend Michael Jordan during the 1998 NBA Finals has sold for US$14 million, setting what auction house Hunt Auctions described as a record for basketball memorabilia, Anadolu Ajansi reported.

Malaysia laying the foundation for an AI-powered economy by 2030

Malaysia's ambition to become an artificial intelligence (AI) nation has shifted to a more critical phase as the country moves from implementing digital policies to executing them across businesses, government agencies, industries, and the wider economy.

Most Viewed

spot_img