• 2025-09-13 09:31 AM

IPOH: Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan satu bungkusan disyaki mengandungi mayat di kawasan sungai berhampiran Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat.

Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun telah membuat laporan selepas dimaklumkan penduduk kampung mengenai penemuan itu petang tadi.

Siasatan awal di tempat kejadian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak telah mengesahkan terdapat satu bungkusan tersangkut pada batang pokok di tepi sungai.

Pemeriksaan lanjut menemukan satu bungkusan disyaki mengandungi mayat dan identiti mangsa masih belum diketahui.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengecut sementara menunggu hasil bedah siasat bagi menentukan sama ada terdapat sebarang unsur jenayah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai Simpang Pulai Insp Tai Zhe Jin di talian 019-5448601. – Bernama