the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan permintaan dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di sekitar negeri ini berjumlah lebih RM300,000 dari 2018 hingga 2022.

Perintah reman hingga 21 April itu dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman dua lelaki tersebut yang merupakan seorang bekas pegawai bank di Melaka berusia 35 tahun dan individu berusia 43 tahun yang masih bekerja sebagai pegawai bank di Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Adi Supian Shafie dalam kenyataan mengesahkan penahanan berkenaan sekitar 6 petang semalam di Pejabat SPRM Melaka.

Menurutnya kedua-dua lelaki itu disyaki menerima suapan dalam membantu memberikan rujukan kes kepada beberapa firma guaman untuk urusan dokumentasi pinjaman hartanah daripada institusi kewangan tempat mereka bekerja.

Beliau berkata siasatan kes mengikut Sekyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings