the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DUN Ayer Keroh terima RM1.8 juta untuk laksana empat projek tangani banjir kilat

MELAKA: Kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh menerima peruntukan tambahan sebanyak RM1.8 juta bagi melaksanakan empat projek menyelesaikan isu banjir kilat di kawasan berkenaan pada masa depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh Kerk Chee Yee berkata peruntukan yang disalurkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) itu merangkumi lokasi di Taman Melawis/Bukit Beruang Utama; Jalan Delima 10/12, Taman Bukit Melaka; Taman Seri Jati; Bukit Beruang Bistari / Bukit Beruang Utama.

“Projek ini melibatkan cadangan pelaksanaan projek antaranya menambah dan menaik taraf longkang, ubah suai sistem perparitan bagi membetulkan ‘gradient’, pemasangan ‘sump’ dan tembok penahan,“ katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata semua projek berkenaan dijangka dilaksanakan pada suku pertama tahun hadapan dan pegawai dari Jabatan Kejuruteraan MPHTJ dan Jabatan Pengairan dan Saliran telah melakukan lawatan ke tapak projek terlibat bagi melihat pelan tindakan dan reka bentuk projek.

Menurutnya, pelaksanaan kesemua projek berkenaan dijangka dapat mengurangkan risiko banjir kilat dalam kawasan terlibat sekali gus melengkapkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Putat yang dijangka siap pada 2027.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings