SHAH ALAM: Enam kereta yang diparkir di pekarangan sebuah pasar raya di Puncak Alam dekat sini rosak akibat dihempap papan tanda dalam kejadian angin kencang petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata kejadian itu turut melibatkan seorang wanita warga tempatan, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Mangsa berusia 45 tahun telah dikeluarkan orang awam dan dihantar ke klinik berhampiran sebelum bomba tiba di lokasi,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular menerusi media sosial video insiden berkenaan yang difahamkan berlaku kira-kira 3 petang dengan deretan kereta rosak akibat dihempap papan tanda.