KUALA LUMPUR: Enam kilang pembuatan peralatan perabot terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.48 petang dan tiba di lokasi kejadian 12 minit kemudian.
Beliau berkata ketika ini bomba sedang menjalankan kerja pemadaman api yang sedang marak di kilang berkenaan.
“Setakat ini kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.
Wan Md Razali berkata anggota yang terlibat dalam operasi tersebut dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Selayang dan BBP Damansara. - Bernama