the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fahmi arah MCMC ambil tindakan terhadap pengguna TikTok sebar video berbaur fitnah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diarah untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun TikTok @janggut_putih yang dipercayai memuat naik kandungan video berbaur fitnah.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata video lama pada 2019 itu dimuat naik individu berkenaan, dipercayai dengan sengaja untuk menimbulkan rasa marah dalam kalangan masyarakat.

“Terima kasih. Ini video dari 2019, recycled untuk sengaja timbulkan rasa marah. @MCMC_RASMI akan kesan suspek dan ambil tindakan,” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam respons kepada aduan seorang pengguna aplikasi X yang antara lain meminta Menteri Komunikasi itu mengambil tindakan terhadap pemilik akaun TikTok terlibat.

Dalam video berdurasi 1.49 minit itu, seorang individu mendakwa Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah kerajaan Pakatan Harapan ketika itu (pada 2019), memaksa ibu bapa dan pelajar untuk mendaftar kad debit daripada sebuah bank antarabangsa, selain menghamburkan kata-kata kesat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings