the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, February 6, 2026
25.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan jepun, segerakan pembangunan semula Gaza

LONDON: Malaysia akan bekerjasama dengan Jepun bagi menyegerakan pembangunan semula Gaza berikutan gencatan senjata yang telah dicapai.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.

“Ada cadangan daripada Ishiba iaitu untuk pembangunan semula Gaza yang harus disegerakan kerana pendamaian yang telah dicapai ini,” katanya kepada media Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada acara Invest Malaysia di sini hari ini.

Anwar berkata Ishiba juga telah meminta Malaysia menjadi pengerusi bersama dengan Jepun bagi inisiatif negara itu menganjurkan persidangan mengenai kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD) pada Julai ini, khususnya berkaitan pembangunan semula Gaza.

“Kita akan mencari dana dan kaedah untuk membantu segera. Jadi saya akan hubungi PM Ishiba hari ini juga untuk menyatakan bahawa jawatankuasa itu harus segera bertemu untuk mencari jalan dan kaedah membantu Gaza,“ katanya.

Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza itu dibincangkan semasa lawatan Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

AIMS continues to power Malaysia’s digital growth with 200MW AI data centre in Cyberjaya

AIMS Data Centre Sdn Bhd has completed the acquisition of about 10 acres of land in Cyberjaya from Cyberview Sdn Bhd, paving the way for the development of a 200MW AI-ready hyperscale data centre with an estimated investment of RM4 billion. Scheduled for completion in 2027, the facility will feature energy-efficient and sustainable designs, reinforcing Malaysia’s ambition to become an AI Nation by 2030. The project is expected to strengthen Cyberjaya’s position as a regional digital infrastructure hub while supporting job creation, talent development and growing demand from global cloud and AI players.
spot_img

Popular Categories