the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

‘Geng Bob’ tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan Geng Bob dipercayai terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah apabila menahan lima lelaki tempatan di sebuah kawasan perumahan di Hulu Bernama, Hulu Selangor, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kesemua suspek berusia 21 hingga 59 tahun yang mempunyai pertalian keluarga dan aktif mengedar dadah antara enam hingga lapan bulan lalu itu ditahan jam 10.50malam.

Polis turut merampas tiga ketulan ganja seberat 2.5 kilogram bernilai bernilai RM7,762.40 serta menyita tiga buah motosikal jenis Yamaha 125z bernilai RM21,000.

Menurutnya dua ketulan ganja dibalut dengan plastik lut sinar (1.7kg) dijumpai di atas siling bumbung rumah berkenaan manakala satu lagi (0.77 kg) di atas almari pakaian dalam sebuah bilik.

“ Tiga dari suspek mempunyai hubungan kekeluargaan manakala dua lagi merupakan rakan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Faizal berkata kesemua suspek masing-masing bekerja sebagai tukang gunting rambut, pemandu lori, kelindan lori dan penganggur dan tiga daripada mereka mempunyai lapan rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah.

“Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari mulai esok hingga 5 Mei ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Accelerates Execution Across its Asian AI Infrastructure Platform

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - July 21, 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global provider of AI-driven infrastructure, security intelligence and data solutions, today announced that the completion of its two recent bond financings, raising aggregate gross proceeds of $232 million, is enabling the Company to accelerate execution across its AI infrastructure programmes in India, Indonesia and Thailand.

Atlas Critical Minerals Intersects High-Grade Graphite; All 20 Drill Holes Confirm Mineralization, with Intercepts...

Belo Horizonte, Brazil - Newsfile Corp. - July 21, 2026 - Atlas Critical Minerals Corporation (NASDAQ: ATCX) ("Atlas Critical Minerals" or the "Company"), a diversified critical minerals exploration company, today announced strong initial results from the maiden diamond drilling program at its 100%-owned Graphite Project (the "Project") in Minas Gerais, Brazil.

Junfa–New Luosiwan and SF International Form Strategic Partnership to Strengthen Yunnan’s Role as China’s...

KUNMING, CHINA - Media OutReach Newswire - 21 July 2026 - On July 20, 2026, Junfa–New Luosiwan and SF International have officially entered into a strategic partnership to jointly develop an Integrated Trade and Logistics Service Platform, marking an important step toward enhancing cross-border trade services and supporting Yunnan's development as China's gateway to South and Southeast Asia.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings