SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan memberi penerangan dan taklimat kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung isu letupan saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, pada Isnin ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan mengadakan sesi taklimat khas itu diputuskan semasa mesyuarat pramajlis bersama ADUN Selangor, semalam.
Beliau berkata sesi taklimat itu diadakan khusus kepada semua wakil rakyat sama ada pihak kerajaan ataupun pembangkang.
“Selain itu, saya juga telah memohon kepada Speaker Dewan Negeri Selangor supaya pihak kerajaan dapat diberi ruang memberi penerangan berhubung isu yang sama dalam sesi Dewan Negeri Selangor yang akan datang.
“Kerajaan negeri ini berdiri atas prinsip kebertanggungjawaban, ketelusan dan akauntabiliti, dan menjunjung penuh prinsip serta mandat rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.
Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga DUN Selangor Kelima Belas Tahun 2025 akan bersidang bermula dari 7 hingga 18 Julai.
Pada 30 Jun lepas, Ketua Polis Selangor pada sidang media khas Laporan Siasatan Insiden Kebakaran Putra Heights dilaporkan berkata tiada unsur sabotaj, perbuatan khianat atau kecuaian dikenal pasti sebagai punca kejadian letupan paip gas bawah tanah milik Petronas di Putra Heights, pada 1 April lepas.
Susulan laporan itu, kerajaan negeri menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meneliti laporan siasatan lengkap insiden berkenaan serta mencadangkan langkah susulan sewajarnya.
Jawatankuasa berkenan akan merangkumi pandangan pelbagai pihak termasuk peranan kerajaan Persekutuan, khususnya dalam aspek pengurusan bencana serta penjelasan kepada umum mengenai kejadian it