the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Institusi pendidikan swasta dikecualikan levi latihan setahun mulai 2026

KUALA LUMPUR: Kerajaan buat kali pertamanya mengumumkan pengecualian pembayaran levi latihan kepada semua institusi pendidikan swasta selama setahun bermula 1 Jan 2026.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengecualian itu meliputi semua institusi seperti prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pendidikan vokasional, institut pendidikan tinggi dan institusi latihan umum.

“Setelah mendengar banyak pandangan daripada institusi pendidikan dan latihan (swasta), kerajaan MADANI cari penyelesaian sebaiknya untuk latih anak-anak kita. (Pengecualian) ini untuk membolehkan mereka beri tumpuan meningkatkan mutu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 di Pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.

Perdana Menteri turut mengarahkan Ketua Setiausaha bagi Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memantau, supaya institusi latihan berkenaan menawarkan kualiti latihan yang sebaiknya apabila terdapat pengecualian levi.

“Pantau juga supaya syarikat-syarikat swasta yang mencatat keuntungan tinggi, beri sedikit pulangan kepada pekerja,” katanya.

Mengikut Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001 (Akta 612), majikan perlu membayar levi kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) iaitu agensi di bawah KESUMA bagi tujuan latihan dan pengembangan kemahiran.

Sementara itu Anwar turut menekankan keperluan supaya golongan muda dilatih dalam bidang-bidang baharu menggunakan kaedah semasa, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI dan tidak boleh terus kekal di takuk lama menggunakan tahap latihan yang ketinggalan.

Beliau berkata antaranya transformasi digital, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor dan pembuatan cip.

“Semikonduktor di Malaysia ini bukan kecil, dianggap sebagai hab, pangkalan bagi rantau ASEAN ini. Hampir semua syarikat semikonduktor terbesar dan AI berpangkalan di Malaysia,” katanya.

Sementara itu KESUMA dalam kenyataan memaklumkan pengecualian levi tersebut berjumlah RM46 juta.

Menurut kenyataan itu ia melibatkan pengecualian bagi 1,668 institusi pendidikan bermula 1 Jan hingga 31 Dis tahun depan.S

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related

spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings