the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

IPGM kongsi kepakaran pedagogi dengan 60 sekolah rendah

KOTA BHARU: Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) berkongsi kepakaran pedagogi dengan lebih 60 sekolah rendah di seluruh negara menerusi Program Sekolah Pengajar sejak diperkenalkan pada 2020 dan dijenamakan semula pada Jun lepas.

Rektor Kanan IPGM Anis Alisya Abdullah berkata pensyarah atau tenaga pengajar IPG akan menjadi konsultan atau jurulatih kepada guru-guru di sekolah rendah daripada aspek pedagogi.

“Kita tahu pesyarah atau tenaga pengajar IPG mempunyai kepakaran dalam bidang pedagogi. Kita manfaatkan kepakaran ini bagi membantu guru-guru dalam meningkatkan tahap profesionalisme mereka.

“Program ini dijadikan sebagai makmal bagi menguji inovasi atau hasil pendidikan yang telah dilakukan guru bagi menyelesaikan isu pendidikan dalam bilik darjah,“ katanya ketika pemberita selepas merasmikan pelancaran Program Sekolah Pengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Demit 2 di sini hari ini.

Beliau berkata program itu hasil kerjasama antara IPG dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi membantu para guru menyelesaikan masalah pendidikan dalam bilik darjah.

Anis Alisya berkata JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengenal pasti sekolah yang akan bekerjasama dengan IPG bagi melaksanakan program itu berdasarkan isu pendidikan yang dikenal pasti di dalam bilk darjah.

“Terdapat satu IPG akan menghantar tenaga pengajar kepada tiga sekolah bergantung kepada permintaan daripada JPN atau PPD,“ katanya.

Beliau berkata pemilihan sekolah dilakukan oleh PPD yang diberi tanggungjawab mengenal pasti sekolah yang memerlukan bimbingan menerusi program berkenaan.

“Antara isu yang perlu dipupuk dalam program ini ialah Matematik, bahasa, inovatif, pembentukan pemikiran dan komunikasi dalam kalangan murid,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings