the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu keselamatan pelajar dan influenza jadi fokus sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Isu keselamatan pelajar di sekolah dan penularan kes influenza di institusi pendidikan menjadi antara tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta Menteri Kesihatan menerangkan tahap keseriusan kes influenza di seluruh negara serta kesannya terhadap institusi pendidikan.

Beliau turut ingin mengetahui langkah Kementerian Kesihatan untuk menangani penularan yang telah merebak ke prasekolah hingga institusi pendidikan tinggi.

Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) pula mengemukakan soalan kepada Menteri Pendidikan mengenai tindakan segera bagi mengelak insiden tragis seperti kes rogol pelajar dalam kelas berulang.

Soalannya meliputi aspek keselamatan fizikal sekolah, pengawasan guru, mekanisme aduan efektif dan sokongan psikososial serta perundangan kepada mangsa.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah tegas kerajaan memerangi jenayah penipuan dalam talian yang menunjukkan trend membimbangkan.

Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) pula ingin mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian Prasarana Malaysia Berhad sebagai pengendali sistem LRT.

Beliau juga bertanya mengenai jumlah peruntukan subsidi kerajaan untuk memastikan perkhidmatan LRT terus beroperasi tanpa membebankan pengguna.

Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) mengajukan soalan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai langkah mengawal populasi anjing liar.

Persidangan kemudian diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2026) yang memasuki hari keempat.

Perbahasan Peringkat Dasar dijadualkan berlangsung selama lapan hari bermula 13 hingga 28 Oktober ini.

Perbahasan Peringkat Jawatankuasa pula akan diadakan dari 5 hingga 27 November depan.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan berlangsung selama 35 hari sehingga 4 Disember ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings