KUALA LUMPUR: Seorang jemaah haji Malaysia, Ahmad Kerya, 70, daripada kumpulan KT099, meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz, Makkah pada 1.22 tengah hari semalam waktu tempatan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar mengesahkan berita tersebut menerusi kenyataan di Facebook hari ini.
Allahyarham yang menetap di Maktab 81 (PJH: Al Balad) meninggal dunia akibat “septicemic shock secondary to pneumonia with multi organ failure”. Beliau berasal dari Kodiang, Kedah, dan meninggalkan seorang isteri yang turut mengerjakan haji bersamanya serta anak-anak di tanah air.
Mohd Naim dalam kenyataannya menyatakan, “Bagi pihak kerajaan Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa beliau, menerima segala amal solehnya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.”