the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah Abdul Taib diterbangkan ke Kuching

SUBANG: Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud selamat diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang untuk dibawa pulang ke Kuching, Sarawak.

Jenazah Allahyarham diterbangkan menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) C130 Hercules yang berlepas pada 1.58 tengah hari dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 4.30 petang.

Terdahulu, jenazah tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang pada 1.05 tengah hari sebelum diberi penghormatan terakhir.

Turut berkenan memberi penghormatan terakhir, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan beberapa menteri lain.

Jenazah kemudian diusung oleh sembilan gabungan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebelum dibawa memasuki pesawat.

Menerusi kenyataan Unit Komunikasi Awam Sarawak memaklumkan jenazah akan terus dibawa ke rumah Allahyarham di Demak Jaya, Jalan Bako.

Jenazah akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) esok dan orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham untuk disolatkan sebelum dikebumikan dengan istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi ini dan pengurusan jenazah Allahyarham dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Abdul Taib merupakan perancang utama yang mencorakkan pembangunan Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings