the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

JKM sedia ambil alih jagaan kanak-kanak mangsa rogol teman lelaki ibu

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

PUTRAJAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia mengambil alih tanggungjawab penjagaan sementara seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai dirogol teman lelaki ibunya tahun lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah itu bagi memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak berkenaan terjamin, sekiranya tiada ahli keluarga yang sesuai atau berkeupayaan untuk menjaganya.

“Selain perlindungan fizikal, mangsa juga berhak menerima sokongan psikososial yang sewajarnya bagi membantu proses pemulihan emosi dan mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nancy merujuk kepada kes seorang kanak-kanak perempuan yang dirogol seorang penjual nasi lemak yang merupakan teman lelaki kepada ibu kandungnya, ketika berusia 12 tahun di sebuah rumah di Hulu Langat pada pertengahan tahun lepas.

Lelaki berusia 61 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini manakala ibu kanak-kanak terbabit yang berusia 37 tahun turut berdepan pertuduhan bersubahat.

Mahkamah tidak membenarkan kedua-dua individu berkenaan diikat jamin dan menetapkan kes disebut semula pada 7 Ogos ini.

Mangsa dilaporkan kini menetap bersama ibu saudaranya.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kes seumpama itu amat membimbangkan dan tidak boleh dikompromi dalam masyarakat yang menghargai keselamatan serta maruah kanak-kanak.

“Saya ingin menegaskan bahawa perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama yang mesti diberi perhatian serius,” katanya.

Beliau menyeru masyarakat untuk peka terhadap isu penderaan kanak-kanak dan tidak berdiam diri apabila berlaku kejadian sedemikian.

Maklumat berkaitan penderaan atau pengabaian boleh dilaporkan kepada Talian Kasih 15999 atau mana-mana pejabat JKM berhampiran serta pihak polis. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Immigration Dept warns of illegal employment, accommodation of foreigners in Janda Baik

Employment opportunities in Janda Baik’s tourism, agriculture and business sectors are attracting foreign workers to the popular Pahang holiday destination, raising concerns over possible illegal employment and accommodation arrangements, the Immigration Department said.

Most Viewed

spot_img