the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah pewarganegaraan di Jerman cecah rekod tertinggi

BERLIN: Jumlah warga asing yang memperoleh kewarganegaraan Jerman mencatatkan rekod tertinggi tahun lepas – tertinggi sejak pengumpulan data standard bermula pada tahun 2000, lapor akhbar Welt am Sonntag pada Sabtu, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Berdasarkan tinjauan akhbar itu, seramai 249,901 individu telah memperoleh kewarganegaraan Jerman di 13 negeri persekutuan tahun lepas. Pada 2023, angka seluruh negara bagi kesemua 16 negeri persekutuan adalah 200,095 orang, yang turut mencatatkan rekod pada masa itu.

Pada 27 Jun 2024, pembaharuan undang-undang kewarganegaraan telah berkuat kuasa, membolehkan pendatang memperoleh kewarganegaraan Jerman dengan lebih cepat. Langkah itu juga membenarkan dwikewarganegaraan – satu faktor penting bagi ramai warga asing yang menetap di Jerman.

Tempoh untuk kelayakan naturalisasi dikurangkan daripada lapan kepada lima tahun, atau tiga tahun bagi individu yang menunjukkan tahap integrasi yang tinggi.

Kerajaan gabungan baharu yang terdiri daripada Parti Konservatif dan Sosial Demokratik telah memansuhkan laluan pantas selama tiga tahun, namun mengekalkan tempoh lima tahun bagi kelayakan naturalisasi.

“Ramai yang datang semasa gelombang migrasi besar pada 2015 dan 2016 kini sedang memohon atau telah memohon kewarganegaraan,” kata Ketua Eksekutif Persatuan Bandar-Bandar Jerman, Helmut Dedy kepada akhbar itu.

Beliau menambah bahawa kelonggaran keperluan untuk melepaskan kewarganegaraan asal turut menjadi pemangkin kepada peningkatan permohonan.

Mereka yang memohon kewarganegaraan perlu lulus ujian aneka pilihan “Hidup di Jerman” yang menilai pengetahuan mereka mengenai sejarah, budaya, masyarakat dan undang-undang Jerman. Mereka juga mesti menunjukkan kecekapan bahasa Jerman pada tahap B1 mengikut piawaian bahasa Eropah, iaitu tahap kecekapan asas pertengahan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings