the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 7, 2026
30.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jurutera wanita didakwa guna jawatan dapatkan tender bernilai RM158,440

BUTTERWORTH: Seorang jurutera wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi memberikan tender bernilai RM158,440 kepada sebuah syarikat yang mempunyai kepentingan kepada dirinya, sekitar tahun 2018.

Mastura Ibrahim, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, Mastura sebagai Jurutera Awam gred J48 di Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang telah menggunakan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa Sebutharga dengan memilih Syarikat Rizwani dalam Mesyuarat Perbincangan Jawatankuasa Sebutharga Bil. 7/2018 yang mana tertuduh mempunyai kepentingan.

Hasil daripada keputusan tersebut, syarikat itu telah mendapat kerja-kerja pengubahsuaian ruang pejabat Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri serta lain-lain kerja berkaitan bernilai RM158,440.

Kesalahan didakwa berlaku pada 11 Jun, 2018 di pejabat JKR Pulau Pinang.

Kes dikemukakan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Afiqah Liyana Rozman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 27 Jan tahun depan sebagai tarikh sebutan semula dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melapor diri di pejabat SPRM sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings