DUNGUN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama empat rakan di Sungai Kampung Delong semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir mengesahkan kejadian itu berlaku pada pukul 5.54 petang.
Pihak polis menggerakkan pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) selepas menerima panggilan MERS 999 daripada orang awam.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan oleh pasukan keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
“Mangsa yang berasal dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakan,“ kata Maizura.
Usaha mencari mangsa dilaksanakan dengan kerjasama bomba dan agensi penyelamat lain.
Maizura mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti di kawasan sungai.
Beliau menekankan pentingnya mengelak lokasi berisiko tinggi terutamanya ketika cuaca tidak menentu. - Bernama