the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kawalan, penguatkuasaan di pintu masuk negara lebih cekap, berkesan dengan MCBA – KDN

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin penubuhan dan pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (MCBA) di pintu masuk negara dapat memastikan ekosistem, fungsi pemeriksaan kawalan serta penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata dengan penubuhan agensi berkenaan, ia dilihat mampu melancarkan urusan perjalanan keluar dan masuk negara termasuk proses import serta eksport di Malaysia.

Beliau berkata kewujudan agensi ini juga dilihat penting bukan sahaja kepada keselamatan awam, malah kepada ekonomi dan biosekuriti negara.

“Trend atau aliran pendekatan progresif untuk mewujudkan dan mempertanggungjawabkan pengurusan sempadan kepada sebuah entiti tunggal telah bermula seawal 2003 lagi oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat melalui Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat, Australian Border Force (ABF) dan Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura.

“Justeru, kerajaan pada hari ini telah mengambil tanggungjawab dan berusaha untuk memastikan inisiatif dan keputusan-keputusan yang telah diputuskan sejak tahun 2008 bagi menubuhkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan negara dapat direalisasikan,” katanya.

Shamsul Anuar berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata bagi membolehkan agensi yang telah ditubuhkan dan berkuat kuasa pada 1 Jan lepas mempunyai punca kuasa bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawab di pintu masuk negara, suatu rang undang-undang tubuh agensi perlu digubal dan dibentangkan.

Katanya secara keseluruhan rang undang-undang ini terbahagi kepada lima bahagian yang mengandungi 25 Fasal dan dua jadual.

Pada 9 Julai lepas, rang undang-undang itu dibacakan kali pertama antara lain bertujuan menjelaskan mengenai cadangan fungsi serta kuasa agensi itu yang berhubungan dengan kawalan dan perlindungan sempadan selain mengadakan peruntukan bagi perkara berkaitan.

Ia juga mencadangkan jika sesuatu kesalahan dilakukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Negeri Sabah atau Sarawak, penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan kesalahan itu akan dilaksanakan pihak berkuasa negeri masing-masing.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Malaysia named home of APP’s Asia Headquarters as leapmotor APP Penang Open 2026 takes...

Scheduled from July 22 to 26 at Pickle By The Sea @ Penang Gurney Drive, the tournament goes beyond elite competition to deliver an elevated social hub experience for players and spectators at every level.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings