the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keluarga mangsa tanah jerlus pulang ke India malam tadi – Polis

KUALA LUMPUR: Keluarga mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India pulang ke India malam tadi selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan dan memasuki fasa search and recovery, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizme Affendy Sulaiman berkata suami dan anak lelaki mangsa bertolak pulang ke tanah air mereka menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Ya, mereka telah bertolak pulang malam tadi,” katanya ringkas ketika dihubungi.

Media semalam melaporkan suami dan dua anak mangsa dilihat hadir menyalakan lampu minyak dan membunyikan loceng iaitu upacara keagamaan agama Hindu di lokasi insiden berkenaan.

Sepanjang operasi SAR, keluarga mangsa terutama anak lelakinya, M.Suria, 25, dilihat kerap berada di khemah SAR bagi mengikuti dan mendapatkan maklumat operasi pencarian ibunya oleh pasukan penyelamat.

Terdahulu, Bernama melaporkan Jabatan Imigresen Malaysia telah melanjutkan visa empat ahli keluarga mangsa iaitu suami, anak dan dua ahli keluarga mangsa yang lain dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu keperluan mereka sepanjang operasi pencarian dilakukan.

Pada Sabtu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mengumumkan operasi SAR wanita warga India, G. Vijaya Lakshmi, 48, yang hilang akibat terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter di Jalan Masjid India pada 23 Ogos lepas dihentikan selepas sembilan hari dilaksanakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings