the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemeriahan sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KOTA KINABALU: Kemeriahan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan hari ini bakal menyaksikan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur hadir bersama-sama memeriahkan sambutan dalam suasana harmoni di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini.

Bertemakan ‘Perpaduan Melalui Perayaan’, sambutan julung kali diadakan di Negeri Bawah Bayu itu menjadi wadah memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, selain peluang untuk pemimpin bertemu serta beramah mesra dengan rakyat.

Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai khususnya warga bandar raya Kota Kinabalu seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir bagi menyerikan lagi majlis itu pada pukul 11.45 pagi, sebelum ia dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin pada 12.30 tengah hari.

Turut dijadual hadir bagi memeriahkan sambutan ialah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Majlis dianjurkan dengan kerjasama kerajaan Sabah selaku tuan rumah dan Kementerian Perpaduan sebagai peneraju acara sekali gus menandakan bermulanya Jelajah Kembara Perpaduan sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 yang bakal disambut pada Mei ini.

Sabah adalah antara tujuh negeri dipilih bagi menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI Bersama Perdana Menteri, selain penganjuran di peringkat negeri melibatkan Johor (18 April), Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan Terengganu pada 9 Mei.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings