the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kim Fatt pasti wushu sumbang pingat

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

HANGZHOU: Presiden Persekutuan Wushu Malaysia (WFM) Datuk Chong Kim Fatt berkeyakinan penuh kem wushu akan menyumbang pingat pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini.

Keyakinan itu dilontarkan Kim Fatt selepas tiada kilauan pingat berjaya dijelmakan skuad wushu negara pada hari pertama pertandingan di Pusat Sukan Xiaoshan Guali, semalam.

“Optimis (sumbang pingat), wushu memang akan sumbang pingat, acara hari ini (semalam) tidak berada dalam senarai sasaran pingat kami.

“Sasaran kami adalah satu kesimpulan yang dibuat bersama KBS (Kementerian Belia dan Sukan), MSN (Majlis Sukan Negara) dan MOM (Majlis Olimpik Malaysia),” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam bersama petugas media di sini, semalam.

Pada hari pertama wushu dipertandingan, bekas juara dunia Wong Weng Son yang diramal akan menghadiahkan pingat pertama kontinjen negara tidak mencapai jangkaan dan atlet wanita Sydney Chin tidak bernasib baik pada final acara masing-masing.

Weng Son menduduki posisi kedua tercorot dalam acara changquan lelaki sementara Sydney yang juga juara remaja dunia 2016 menamatkan saingan taijiquan+taijijian di tempat keempat.

Mengulas lanjut, Kim Fatt yang baharu dipilih sebagai Naib Presiden Persekutuan Wushu Asia (WFA) memberi bayangan jaguh wushu wanita negara, Tan Cheong Min berpeluang meraih pingat jika tidak melakukan sebarang kesilapan dalam acara nanquan+nandao esok.

Menurut beliau Cheong Min yang juga juara dunia 2019 dalam acara nandao ketika ini merupakan antara tiga atlet terbaik dunia dalam disiplin itu.

“Saya rasa Cheong Min akan berjaya, bukan saja beliau tetapi ada lagi seorang atlet yang mungkin beri kejutan,” kata Naib Presiden MOM itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Results of the ixCrypto Index Series Quarterly Review (2026 Q2) & IX Digital Asset...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - IX Asia Indexes today announced the 2026 second quarter (Q2) review result of the ixCrypto Index Series and the IX Digital Asset Industry Index Series. The constituent changes will be implemented on the effective date of 24th July 2026 (Friday). The results of the constituent review and exchange review are as follows:

Bona® scales Asia Pacific presence with expanded SuperSport System catering to the region’s diverse...

MALMÖ, SWEDEN - Media OutReach Newswire - 17 July 2026 - As the global sports flooring market continues to grow, Bona, a world leader in flooring solutions for over 100 years, is strategically strengthening its reach across the Asia Pacific (APAC) region.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings