the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, October 13, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKR akan bentang laporan PCA, permudah kerja penyelenggaraan JRTB – Nanta

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

GERIK: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang menyediakan laporan mengenai Kerja Penilaian Keadaan Turapan (PCA) yang bertujuan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan serta penurapan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dalam masa terdekat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata PCA yang dilaksanakan melibatkan penggunaan teknologi seperti Multi Laser Profiler (MLP) dan Falling Weight Deflectometer (FWD).

“PCA telah bermula pada 13 Mac dan selesai pada 13 Mei. Kita buat (PCA) mengikut kaedah terkini, moden dan terpakai di peringkat antarabangsa.

“Bagaimanapun segala kemudahan atau kaedah yang diguna pakai ini bergantung kepada peruntukan yang diberikan khususnya dalam membina serta membaiki jalan raya,“ katanya ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan di lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM 53, JRTB di sini hari ini.

Pada 9 Jun lepas, Nanta dalam kenyataan memaklumkan lokasi kemalangan itu adalah antara seksyen di JRTB yang telah dikenal pasti bagi kerja naik taraf tahun ini dengan peruntukan RM55 juta.

Beliau berkata pelbagai inisiatif juga telah diambil sejak 2023 bagi menambah baik laluan Gerik-Jeli, khususnya di Jalan Persekutuan FT04 itu.

Sementara itu, Nanta berkata dana berjumlah RM80 juta turut diperuntukkan meliputi 55 skop kerja di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen yang bertujuan memastikan laluan di JRTB berada dalam keadaan baik.

“Kelulusan Arahan Kerja (AK) akan dikeluarkan apabila skop kerja disenaraikan berdasarkan cadangan daripada laporan PCA yang akan disediakan nanti,” katanya.

Beliau berkata sebanyak RM3.58 juta diperuntukkan bagi Program Penyenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat melibatkan penyelengaraan lampu isyarat serta pemasangan lampu solar di sepanjang JRTB yang akan bermula Julai ini.

Nanta berkata pemasangan lampu solar itu nanti turut akan melibatkan lokasi tragedi nahas bas berkenaan yang berlaku pada 9 Jun.

“Kerja-kerja ini sedang dalam proses perolehan oleh JKR Perak dan dijangka siap pada penghujung Oktober tahun ini,” katanya.

Beliau berkata KKR memberi jaminan semua peruntukan yang disediakan itu akan digunakan sebaiknya dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan di JRTB dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Leave refugee enforcement to authorities, Saifuddin tells public

Malaysians have been urged not to take the law into their own hands when dealing with Rohingya refugees, with Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail stressing that enforcement must remain the responsibility of legally authorised agencies.

MCMC may take action over misleading Budget 2027 tax video

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is examining a viral video alleged to contain false and misleading information about the Sales and Service Tax (SST) and income tax relief under Budget 2027.

Police seek dashcam footage of fatal crash on Cheras-Kajang Highway

Police are appealing for witnesses to a fatal accident involving a motorcycle and a lorry at KM13.1 of the Cheras-Kajang Highway yesterday, which claimed the life of a 23-year-old motorcyclist.

Children of Malays and foreign Muslim spouses can be registered as Malays – Saifuddin

Children born to Malaysian Malays and their foreign Muslim spouses may be registered according to either parent’s ancestry, but marriage to a Malay citizen does not automatically confer Malay ancestry or Bumiputera status on the foreign spouse.

Higher wages alone insufficient without productivity gains, says CIMB

Higher wages under Budget 2027 will require productivity gains, business investment and technology adoption to sustain competitiveness and create better jobs, according to CIMB Treasury and Markets Research.

Most Viewed

spot_img