the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKR perkukuh persiapan hadapi musim tengkujuh dengan bilik operasi bencana

JOHOR BAHRU: Kementerian Kerja Raya (KKR) meningkatkan persiapan menghadapi musim banjir terutama pada musim tengkujuh yang dijangka tiba penghujung tahun ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kementeriannya akan mengaktifkan bilik operasi bencana pusat yang dikenali sebagai Bilik Gerakan Bencana (Big Ben).

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata sistem tersebut berasaskan kod amaran hijau, kuning dan merah membolehkan kementerian menyelaras tindakan segera semasa banjir dan tanah runtuh.

Beliau menekankan sistem ini memastikan pengguna jalan raya mendapat maklumat keselamatan tepat pada masanya menerusi laman web dan media sosial JKR.

“Pusat berkenaan yang berpusat di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di Kuala Lumpur akan beroperasi apabila tiba musim tengkujuh dan ia akan beroperasi selama 24 jam apabila telah masuk kategori merah.

“Pegawai akan ditempatkan di situ dengan sistem pemetaan masa nyata serta peralatan komunikasi untuk memberikan maklumat terkini berhubung penutupan jalan, lencongan dan kerja pembaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutupan Projek Ideation Experience (PIE) 2025 di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai.

Berhubung banjir di Sabah, Ahmad meminta JKR negeri itu untuk memperhalusi semula anggaran kerosakan melibatkan jalan serta cerun berikutan kejadian banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.

Beliau berkata angka awal yang diterimanya daripada JKR menunjukkan jumlah kerosakan agak besar, namun perlu diteliti semula bagi memastikan ketepatan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Semalam saya telah dimaklumkan oleh pegawai mengenai angka awal kerosakan melibatkan cerun dan jalan namun saya minta ia diperhalusi benar-benar supaya tidaklah setinggi seperti dilaporkan…mungkin perlu dibuat pemeriksaan pusingan kedua.

“Saya sendiri akan turun padang sekali lagi minggu depan ke Sabah untuk meninjau beberapa lokasi yang terjejas,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan kerosakan akibat banjir di Sabah baru-baru ini.

Selain itu, Ahmad berkata KKR akan memohon peruntukan lebih tinggi dalam Belanjawan 2026 bagi memastikan infrastruktur jalan di seluruh negara sentiasa terpelihara.

“KKR memohon RM10.6 bilion. Tahun ini menerima RM9.3 bilion, tertinggi berbanding kementerian lain. Daripada jumlah itu, sebahagiannya akan diagihkan untuk pembaikan jalan dan cerun di Sabah. Kita harap peruntukan ini ditambah kerana kerosakan yang berlaku agak besar dan melibatkan jalan Persekutuan.

“Sama ada mendapat peruntukan tambahan atau tidak dalam Belanjawan 2026, kerja-kerja pembaikan tetap akan dijalankan dengan menggunakan dana sedia ada bagi memastikan jalan dan cerun kritikal dibaiki segera.

“Rakyat Sabah tidak perlu risau. Kalau tiada peruntukan tambahan, kita akan cari daripada bajet semasa KKR untuk pastikan jalan dan cerun yang terjejas dapat dibaiki,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings