the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki serang Dzulkifli direman tujuh hari di George Town

GEORGE TOWN: Lelaki yang ditahan kerana menyerang bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia Tan Sri Prof Emeritus Dzulkifli Abdul Razak telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan perintah reman terhadap lelaki tempatan berusia 52 tahun itu bermula dari hari ini hingga 24 Oktober.

“Lelaki yang mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan 10 rekod kesalahan jenayah narkotik itu kini direman dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut kes tersebut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menjelaskan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 6.45 pagi semalam, mangsa berusia 74 tahun pulang ke rumah dari masjid selepas menunaikan solat subuh.

Mangsa menyedari kehadiran seorang lelaki disyaki warga tempatan bersembunyi di tepi halaman rumahnya apabila tiba di hadapan rumah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail melaporkan suspek tiba-tiba mengacukan objek berwarna hitam ke arah mangsa sebaik mangsa menghampiri.

Suspek kemudian menyerang mangsa dengan objek berkenaan sehingga mengakibatkan kecederaan luka di bahagian kepala.

Mangsa menerima 16 jahitan di sebuah klinik berhampiran selepas kejadian tersebut.

Polis berjaya menahan suspek di Bayan Baru pada 2.30 petang hari yang sama. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings