the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki tikam dua beranak direman tujuh hari

GEORGE TOWN: Lelaki yang ditahan kerana menikam dua beranak dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Farlim, Air Itam di sini semalam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata lelaki berusia 32 tahun yang turut cedera dalam kejadian itu selepas mengelar dan menikam dirinya sendiri kini dalam keadaan stabil.

“Pihak polis mendapat perintah reman ke atas lelaki itu bermula hari ini hingga 14 Nov bagi membantu siasatan, suspek dalam keadaan stabil dan sekarang ini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Dakwaan berita yang lelaki itu telah meninggal dunia adalah palsu dan polis juga sedang menunggu ujian darah suspek bagi mengetahui sama ada dia positif dadah atau sebaliknya,“ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, bapa dan anak perempuannya masing-masing berusia 62 tahun dan 30 tahun maut dipercayai ditikam oleh seorang lelaki.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dilaporkan berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 12.54 tengah hari mengenai seorang individu dilihat membawa pisau dalam keadaan mencurigakan di pangsapuri itu.

Polis kemudian terus ke lokasi kejadian dan sebaik tiba di hadapan lobi lif pangsapuri berkenaan, tiga orang yang kesemuanya warga tempatan ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik HPP berkata suspek ialah saudara jauh kepada mangsa dan sering datang ke rumah keluarga mereka.

“Suspek ada ‘bau-bau bacang’ dengan mangsa dan ayahnya. Dia dipercayai menaruh perasaan kepada mangsa dan suspek juga dikatakan tahu rutin harian anak sedara saya ( mangsa wanita),“ katanya.

Dalam pada itu, proses bedah siasat mangsa wanita telah selesai manakala proses bedah siasat bapanya belum dijalankan.

Jenazah kedua-dua beranak itu akan disolatkan di Masjid Tuan Guru di Tanjong Tokong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Tanjong Tokong dijangka pada petang ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

India, Malaysia reaffirm defence ties at military cooperation meeting

The meeting was co-chaired by Joint Secretary at India's Ministry of Defence, Shri Amitabh Prasad and Assistant Chief of Staff for Defence Operations and Training of the Malaysian Armed Forces, Major General Amer Mahmud Abdul Rahman.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings