AFPAFP

BUENOS AIRES: Gunung Berapi Volcán de Fuego atau Fire Volcano di Guatemala memuntahkan abu dan lava, memaksa lebih 500 orang dipindahkan setakat ini, kata agensi pengurusan bencana negara itu pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.

Aliran lava sepanjang kira-kira 1,200 meter mengalir dari kawah, menurut Institut Nasional Seismologi, Vulkanologi, Meteorologi dan Hidrologi di platform media sosial X.

Abu dijangka boleh merebak sehingga sejauh 50 kilometer dari gunung berapi.

Gunung Berapi Volcán de Fuego setinggi hampir 3,800 meter itu terletak kira-kira 40 kilometer barat daya ibu negara, Guatemala City, dan merupakan antara gunung berapi paling aktif di Amerika Tengah.

Dalam letusan dahsyat pada 2018, ratusan orang terkorban.