• 2025-08-04 02:55 PM

KUALA LUMPUR: Malaysia tidak bersetuju dengan semua permintaan Amerika Syarikat (AS) berkaitan perdagangan digital dan teknologi semasa rundingan tarif timbal balik antara kedua-dua negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan pendirian Malaysia untuk mengekalkan kawalan ke atas penyedia perkhidmatan awam dan platform media sosial.

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia berhak meminta akses atau mengarahkan pemindahan kod sumber perisian dalam infrastruktur kritikal, perolehan kerajaan, dan sektor kewangan.

“Malaysia komited melindungi harta intelek syarikat daripada pemindahan teknologi secara paksa sambil memastikan persaingan adil di pasaran antarabangsa,“ katanya di Dewan Rakyat.

Tengku Zafrul turut menekankan kepentingan mengekalkan kedaulatan, keselamatan, dan kestabilan ekonomi negara.

Pada 1 Ogos lalu, kadar tarif baharu Malaysia diumumkan sebanyak 19 peratus, menurun daripada 35 peratus sebelum ini. – Bernama