the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Masjid seliaan JAKIM adakan solat jenazah Ghaib Ismail Haniyeh malam ini

PUTRAJAYA: Masjid seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini akan mengadakan solat jenazah ghaib ke atas pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh, malam ini.

Ketua Pengarah JAKIM Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata solat jenazah ghaib untuk Haniyeh yang syahid dalam serangan di Iran semalam, akan diadakan selepas solat maghrib.

“JAKIM menjemput orang ramai hadir beramai-ramai bagi menunaikan solat jenazah ghaib tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis Israel,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hakimah berkata JAKIM amat berdukacita dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Haniyeh.

“Almarhum adalah seorang tokoh yang disegani dan teguh dalam perjuangan membela nasib umat Islam di Palestin.

“Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada dan golongan yang beriman dan beramal soleh,“ katanya.

Hamas mengumumkan awal Rabu bahawa Haniyeh yang juga Ketua Biro Politik Hamas terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran, Iran, menurut laporan media antarabangsa.

Televisyen kerajaan Iran juga melaporkan kematian Haniyeh, menyatakan bahawa siasatan ke atas pembunuhan itu sedang dijalankan dan hasilnya akan diumumkan tidak lama lagi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings