the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Memoir baharu MACVA papar kisah askar veteran yang belum pernah diungkap

PETALING JAYA: Kisah keberanian, pengorbanan dan ketabahan pasukan keselamatan negara di medan perang yang semakin dilupakan serta terpendam di lubuk memori askar veteran dinukilkan dalam buku yang dilancarkan oleh Persatuan Veteran Kaum Cina Tentera Darat Malaysia (MACVA).

Bertajuk Memoirs – Malaya and Borneo at War, ia adalah kesinambungan buku pertama persatuan itu Memoirs of the Malaysian Armed Forces Veterans dan memaparkan pengalaman peribadi bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah bersara, kebanyakannya berkhidmat pada tahun-tahun paling mencabar buat negara.

Bekas Presiden MACVA Kapten (B) Datuk Lee Kwang Lock berkata memoir itu dihasilkan sebagai lakaran sejarah dan penghormatan buat ribuan askar veteran lelaki mahupun wanita yang pernah berkhidmat semasa Darurat di Tanah Melayu, Konfrontasi dengan Indonesia serta Perang Menentang Pengganas Komunis.

“Ia bukan sekadar buku sebaliknya adalah satu legasi bagi memastikan pengorbanan dan perjuangan askar veteran kita tidak akan pernah dilupakan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran buku itu di sini hari ini.

Turut hadir Presiden MACVA Leftenan Kolonel (B) Wong Ah Jit.

Turut terkandung dalam memoir itu ialah ingatan terperinci mengenai operasi ketenteraan di hutan tebal dan kawasan terpencil di mana anggota tentera serta polis bertempur untuk mempertahankan kedaulatan sebuah negara yang masih muda.

Ia turut menonjolkan peranan penting yang dimainkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia dalam membantu pasukan darat semasa berlaku pertempuran.

Lee, yang juga pengerusi penganjur bagi acara itu, berkata sejarah pascaperang Malaysia sering diceritakan melalui perspektif asing dan memoir kedua dihasilkan bagi membetulkan maklumat yang salah dengan mengetengahkan suara serta pengalaman rakyat negara ini sendiri.

Memoir pertama, yang dilancarkan pada Mac 2020, berjaya membantu meningkatkan kesedaran dan mengumpul dana untuk MACVA namun momentumnya telah terjejas oleh sekatan akibat pandemik COVID-19 tidak lama selepas itu.

Jilid kedua meneruskan misi itu dengan merungkaikan sejarah berkaitan keselamatan di Malaysia melalui kaca mata mereka yang mengalaminya sendiri selain boleh dijadikan sebagai peringatan bahawa keamanan yang dinikmati hari ini adalah hasil ketabahan dan perpaduan generasi sebelum ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings