the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MP Machang ketagih perhatian – Fahmi

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyifatkan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebagai ‘ketagih perhatian’ apabila mencabar beliau dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berdebat mengenai isu penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd kepada BlackRock Inc.

Beliau berkata Wan Ahmad Fayhsal sepatutnya lebih arif mengenai peraturan jika ingin berdebat tentang sesuatu isu.

“Dia adalah seorang yang ketagih perhatian dan dia kalau nak debat sepatutnya janganlah bawa surat layang ke Parlimen… dia sepatutnya datang ke Parlimen dan berbahas mengikut peraturan tapi saya nampak dia sekarang tersakiti.

“Lagipun saya rasa dia seorang yang ketagih perhatian dan nakkan orang ramai melihat dirinya,” kata Fahmi kepada pemberita selepas merasmikan program Jejak Panda oleh foodpanda Malaysia di Pantai Dalam di sini hari ini.

Sebelum ini, Wan Ahmad Fayhsal menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Fahmi dan Rafizi di pentas neutral bagi menjawab persoalan berkaitan isu penggantungan beliau selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Julai lepas.

Rafizi, menerusi hantaran di laman X baru- baru ini, telah mengajak Wan Ahmad Fayhsal berdebat mengenai topik ‘kesan merancakkan ekonomi dengan mencetak wang’ di platform podcast.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings