the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Muzium Negeri N. Sembilan kenakan bayaran tiket masuk bermula Februari ini

SEREMBAN: Muzium Negeri Negeri Sembilan yang terletak di Kompleks Taman Seni Budaya Seremban akan mula mengenakan bayaran tiket masuk ke galeri pamerannya bermula bulan depan setelah beroperasi lebih 40 tahun secara percuma.

Pengurusan Lembaga Muzium Negeri Sembilan dalam kenyataan berkata bayaran masuk warganegara ditetapkan RM6 bagi dewasa, RM1 bagi pelajar sekolah RM1, dan percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas, manakala bukan warganegara dikenakan caj RM10.

“Terdapat pelbagai pakej menarik seperti Pakej Makan Berselo, Pakej Permainan Tradisional dan Pakej Berbusana Tradisi Negeri Sembilan. Muzium Negeri dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang kecuali Isnin, hari pertama Aidilfitiri dan Aidiladha,” menurut kenyataan itu.

Muzium lain di bawah Lembaga Muzium Negeri Sembilan masih beroperasi secara percuma.

Lembaga Muzium Negeri Sembilan sedia menerima maklum balas atau sebarang pertanyaan berkaitan notis berkenaan melalui talian telefon 06-7631149 atau email di [email protected].

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings