the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Negeri boleh haramkan penjualan vape, banteras penyalahgunaan dadah

ALOR SETAR: Kerajaan negeri boleh mengambil tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape yang kini menjurus kepada penyalahgunaan dadah sintetik baharu.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata perkara itu semakin membimbangkan apabila terdapat pelajar sekolah seawal usia 13 tahun dikesan menggunakan vape mengandungi bahan dicampur dadah yang jika tidak dikekang boleh menjadi ancaman baharu di negara ini.

Beliau berkata terdapat negeri telah mengambil inisiatif mengharamkan penjualan vape yang membawa impak positif dan kerajaan negeri lain disaran mengikut jejak sama sementara menunggu kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang berkaitan.

“Ada sesetengah negeri ambil keputusan itu, maknanya kerajaan negeri pun boleh keluarkan larangan, sebab lesen penjualan di bawah PBT (pihak berkuasa tempatan), sementara nak tunggu kerajaan Pusat nak gubal undang-undang baharu kerajaan negeri boleh ambil tindakan walaupun tak keseluruhan tapi impaknya memang ada.

“Bila tanya saya secara peribadi, vape lagi bahaya daripada rokok, kita perlu ada usaha menjurus ke arah itu kerana apa membimbangkan kita 65 peratus daripada kandungan vape ini ada bahan terlarang seperti methamphetamine dan ekstasi, ini semua bahan disenaraikan sebagai racun,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Johor kekal melarang dan tidak mengeluarkan sebarang kebenaran lesen penjualan vape atau rokok elektronik di negeri itu sejak 1 Januari 2016 serta menguatkuasakan undang-undang melarang menghisap vape termasuk mengambil tindakan terhadap peniaga yang didapati melakukan urusan jual beli peranti berkenaan.

Ayob Khan menambah semua pihak perlu berusaha menangani isu itu memandangkan vape dilihat mudah dimanipulasi dengan dimasukkan dadah-dadah baharu yang berbahaya sehingga merosakkan masa depan golongan remaja.

“Kajian terbaharu di Kelantan, umur paling muda terlibat vape adalah 13 hingga 17 tahun, dalam kajian itu juga didapati 31 peratus penggunanya aktif, tujuh peratus menggunakan vape secara kerap dan 76 peratus lagi kenal dengan individu yang menggunakan vape,” katanya.

Menurutnya lagi, dadah jenis fentanyl yang dikenali ‘dadah zombie’ turut dikesan digunakan sebagai bahan dalam cecair vape yang kesannya 100 kali ganda berbahaya dan kuat berbanding morfin serta 20 hingga 40 kali lebih kuat daripada heroin.

Dalam pada itu, makmal dadah yang diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam Op Kenari di negeri ini semalam turut membongkar kegiatan memproses cecair vape serta mushroom yang mengandungi dadah.

Katanya dalam operasi itu, pihaknya merampas 110 katrij dan 67 botol cecair vape yang dihasilkan di makmal tersebut untuk dipasarkan di negeri ini, Pulau Pinang dan Lembah Klang.

“Operasi itu melibatkan Zon Kuala Muda, Pendang, Kota Setar dan Pokok Sena di mana seramai 61 orang berjaya ditahan dan pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM6 juta dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan memohon peruntukan RM80 juta daripada Kementerian Dalam Negeri untuk peralatan baharu dalam usaha meningkatkan keupayaan polis mengesan dadah baharu di negara ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Uprising stars tee off at PGM Penang Closed Championship

During the Monday Qualifier today, Afdlin Mikhail and Zubair Firdaus top the leaderboard at one under par (-1). Another eight players earned their spot to play in this week Championship.

HK Government’s Talent Admission Schemes Accelerate Demand in International Education Market: For You Education...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - As the Hong Kong government's various talent admission schemes continue to deepen, a significant wave of high-achieving elite families has settled in the city.

Hong Kong unlocks new opportunities with Central Asia

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Led by Chief Executive of the Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR), John Lee, a high-level delegation visit to Kazakhstan and Uzbekistan (May 31 - June 5) is already paying dividends, forging fresh opportunities to deepen ties between Central Asia, Hong Kong and the Chinese Mainland.

Sow Fertility’s Medical Advisor Prof. Liona Poon Honoured as a JESSICA Most Successful Woman...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Sow Fertility, a Hong Kong-based fertility and family-building benefits platform, congratulates its Medical Advisor, Professor Liona Poon, on being named one of JESSICA's Most Successful Women 2026, an annual recognition celebrating women across Hong Kong and Asia whose leadership is reshaping their industries.

NAMAA Emerges from Stealth with 150 Facilities and a Long-Term Commitment to Middle East...

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 – NAMAA, a real estate technology group that builds infrastructure to scale food delivery and production and a part of the wider ATOMS Group, has publicly introduced its Middle East food infrastructure portfolio.

Blending Heritage and Innovation, China’s Shangcheng District Hums with Dynamic Vitality

HANGZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - On June 1, the Google Cross-border E-commerce Acceleration Center announced its upcoming settlement in Shangcheng District, Hangzhou City, east China's Zhejiang Province.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings