the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

NUJ meluluskan usul desak kerajaan pinda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Persidangan tergempar perwakilan dwi-tahunan (EDC) Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Semenanjung Malaysia ke-24 telah sebulat suara meluluskan usul mendesak kerajaan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

Mengikut kenyataan NUJ, usul ini mencerminkan komitmen dan pendirian kesatuan NUJM sejak 90-an untuk memperjuangkan kebebasan media yang lebih inklusif dan bersesuaian dengan era digital.

Persidangan yang berlangsung pada Nov 22 juga meluluskan usul untuk mengadakan kempen mengumpul dana bagi membantu wartawan Palestin yang terkesan akibat penjajahan di negara tersebut.

“Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen NUJ untuk menyokong rakan sejawat di Palestin yang menghadapi cabaran getir termasuk risiko keselamatan, tekanan psikologi, dan kekurangan sumber akibat konflik berterusan,” kata NUJ dalam kenyataannya.

NUJ turut mengucap perhargaan kepada Farah Marshita Abdul Patah yang telah melepaskan jawatan sebagai presiden selepas menerajui kesatuan ini sejak 2020.

NUJ juga mengiktiraf sumbangan Sudirman Mohd.Tahir, mantan naib presiden, yang memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan kewangan dan keberkesanan operasi kesatuan.

Persidangan ini turut menyaksikan peralihan tampuk kepimpinan apabila Low Boon Tat,

jurugambar dari The Star, telah dipilih sebagai presiden baru NUJ.

Sementara itu, setiausaha agung Teh Athira Yusof berjaya mempertahankan kedudukannya untuk tempoh 2024-2027.

Berikut adalah senarai penuh barisan kepimpinan NUJ Malaysia bagi penggal 2024-2027:

Presiden – Low Boon Tat (The Star)

Naib Presiden – Mohd Abdul Illah Hafiz Bin Abdul Aziz (NSTP) dan Mark Mathen Victor Jonathen (theSun)

Setiausaha Agung – Teh Athira Mohamed Yusof (The Star)

Timbalan Setiausaha Agung – Lydia Nathan (The Star) dan Fong Tze Hong (Nanyang)

Bendahari Agung – Chan Tak Kong (The Star)

Timbalan Bendahari Agung – Lim Kah Sing (Sin Chew)

Ahli Jawatankuasa:

Mohamad Najiy Bin Muhammad Jefri – Exco NUJ-NSTP

Chan Pei Li – Exco NUJ-Sin Chew Media

Fatin Hafizah Sahar – Exco NUJ- Star Media

Lee Wen Jiang – Exco NUJ-Nanyang

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings