the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 29, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Panggilan Palsu Ganggu Bomba, Boleh Ragut Nyawa

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KOTA BHARU: Di sebalik deringan talian kecemasan yang kedengaran biasa, tersembunyi satu hakikat jarang-jarang disedari bahawa setiap panggilan palsu bukan sekadar gurauan, malah boleh mengundang bahaya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan Farhan Sufyan Borhan berkata meskipun sistem kecemasan negara kini semakin moden melalui Pusat Respons Kecemasan Malaysia (MERS) 999, ancaman panggilan palsu dan main-main masih wujud serta mengganggu kelancaran operasi menyelamat.

“Panggilan palsu berlaku apabila pemanggil beri alamat lengkap, tetapi bila kita sampai, kejadian sebenar tidak berlaku. Panggilan main-main pula, contohnya pemanggil hanya diam, melawak atau sekadar mahu meluahkan perasaan.

“Bezanya, panggilan main-main biasanya disaring oleh Telekom Malaysia (TM) sebelum sampai ke pihak kami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau turut berkongsi pengalaman sewaktu bertugas di Sabah, apabila bomba pernah dikatakan lewat bertindak.

“Pemanggil beri alamat yang tidak lengkap dan komander terpaksa mendapatkan maklumat tambahan. Kes ini melibatkan tiga mangsa rentung bukan kerana jeriji terkunci, tetapi kerana kebakaran merebak terlalu cepat,” katanya.

Farhan Sufyan menyifatkan tindakan membuat panggilan palsu atau main-main bukan sekadar satu jenayah, tetapi sebagai ‘hobi berbahaya’ yang berpotensi meragut nyawa orang lain.

Walaupun di Kelantan belum ada pendakwaan terhadap pemanggil palsu setakat ini, namun di Sabah pernah berlaku kes pendakwaan selepas pihak bomba berjaya mengesan individu terbabit.

Sehubungan dengan itu, beliau menyeru orang ramai supaya menggunakan talian MERS 999 hanya untuk kes kecemasan.

Statistik JBPM Kelantan menunjukkan hingga 7 Julai lepas, pihaknya menerima sebanyak 2,053 panggilan terdiri 796 panggilan kebakaran, 1,173 (penyelamatan), 76 (tugas khas) dan lapan (palsu).

Pada 2024 pula, sebanyak 6,099 panggilan direkodkan, termasuk 3,112 panggilan kebakaran, 2,755 (penyelamatan), 208 (tugas khas) dan tujuh (palsu) – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

DFI Retail Group Holdings Limited 2026 half-year results for the six months ended 30...

"Our first-half performance, with underlying profit1 growth of 44% and a consistently improving LFL subsidiary sales trend, reflects the strength of our strategy in action – a sharper value for customers, a strong focus on returns and execution with discipline.

Most Viewed

spot_img