GAZA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menegaskan komitmennya untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.
PBB juga menyeru agar segala usaha diteruskan bagi memastikan gencatan senjata dikekalkan.
Timbalan Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan dan Penyelaras Bantuan Kecemasan Tom Fletcher menyatakan pasukan kemanusiaan sedang melaksanakan pelan 60 hari.
Pelan tersebut dibangunkan oleh PBB untuk memperluas operasi menyelamatkan nyawa di Gaza.
Fletcher tiba di Gaza pada Jumaat bagi menilai keadaan kemanusiaan di wilayah berkenaan.
Beliau mengakui cabaran yang dihadapi amat besar namun menegaskan tekad PBB untuk merealisasikan potensi kemanusiaan.
Potensi kemanusiaan ini adalah hasil daripada perjanjian yang dimeterai demi menamatkan perang di Gaza. – Bernama-QNA