the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PDRM terajui NSRC perangi penipuan kewangan dalam talian

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara rasmi mengambil alih penerajuan operasi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) berkuat kuasa serta-merta. Langkah ini bertujuan memperkukuh tindak balas terhadap jenayah penipuan kewangan dalam talian yang semakin membimbangkan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan bahawa keputusan ini telah dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini, tiada agensi tunggal yang jelas menerajui NSRC yang melibatkan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia (BNM), dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Secara purata, NSRC menerima hampir 500 panggilan sehari melalui talian 997, dengan kerugian dilaporkan mencecah RM1.6 bilion berdasarkan data terkini Majlis Sosial Negara,“ jelas Saifuddin Nasution selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Beliau turut memaklumkan bahawa operasi NSRC akan dikendalikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dengan penubuhan 139 jawatan baharu. Satu lokasi baharu juga sedang dikenal pasti bagi menggantikan pejabat sedia ada di BNM, Kuala Lumpur.

“Penyelarasan pengisian jawatan dan keperluan logistik sedang diuruskan antara Ketua Setiausaha KDN dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),“ tambahnya.

PDRM akan memberi tumpuan kepada penelitian semula peraturan sedia ada serta peranan institusi perbankan bagi memastikan operasi lebih efektif. “Harapan rakyat mudah, seperti pembekuan akaun segera dan pemulangan dana, menjadi fokus utama kami,“ ujar Saifuddin Nasution.

NSRC ditubuhkan pada 14 Oktober 2022 sebagai pusat operasi bagi menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian, termasuk pengesanan dana dicuri dan penguatkuasaan undang-undang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings