KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 17 pegawai kanan berkuat kuasa 7 Julai.
Setiausaha Polis Malaysia Datuk Kamaruzaman Abdullah berkata ia termasuk Ketua Penolong Pengarah E5 Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Yusni Mohd Jamil yang kekal di jawatan sama dengan memangku pangkat DCP.
Beliau berkata pertukaran lain antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Wildlife Crime Bureau) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman SAC Mohammad Azlin Sadari yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat DCP.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu turut terlibat dalam pertukaran kali ini dengan dilantik sebagai Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Perak dengan memangku pangkat SAC.
“Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang ACP Nasri Jamaluddin pula akan memulakan tugas sebagai Penolong Pengarah E6B Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.
“Penolong Pengarah (Risikan/ Operasi) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman ACP Zulkiflee Rashid pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/ Kepolisan Am) Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu Ketua Polis Daerah Jasin Supt Mohamad Rusli Mat dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan dengan memangku pangkat ACP.
Kamaruzaman berkata Penolong Pengarah E5B Cawangan Khas Bukit Aman Supt Noor Azman Amardin dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang dengan memangku pangkat ACP.
Turut terlibat Pegawai Turus E1 Cawangan Khas Sabah Supt Mohd Azizul Rosun Khan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Sabah dengan memangku pangkat ACP.
“Ketua Unit Saraan/Gaji Cawangan Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman Supt Wan Zulfadli Wan Mustafa pula dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Kewangan) Bahagian Kewangan/ Perolehan/ Kepolisan Am Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman dengan memangku pangkat ACP,” katanya.