the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai JPJ gagal isytihar pelupusan harta dalam sistem HRMIS – EAIC

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mendapati terdapat pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang gagal mengemas kini dan mengisytiharkan pelupusan harta dalam sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS).

EAIC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima aduan terhadap JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ KL) melibatkan beberapa nombor pendaftaran kenderaan.

Menurut kenyataan itu siasatan dijalankan berdasarkan kepada aduan yang diterima mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

“Siasatan mendapati bahawa terdapat beberapa kenderaan atas nama pegawai JPJ KL masih belum diisytiharkan lupus melalui sistem HRMIS walaupun kenderaan tersebut telah tidak berada dalam pemilikannya dalam satu tempoh masa yang lama.

“Hal tersebut sekali gus melanggar subperaturan 10(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993],“ menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk hasil siasatan tersebut kepada Pihak Berkuasa Tatatertib (PBT) JPJ dengan cadangan Surat Teguran diberikan kepada pegawai JPJ yang terlibat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings