the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai pengurusan bencana Selangor akan dilatih di luar negara – Exco

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor merancang untuk menghantar pegawai Unit Pengurusan Bencana Negeri ke luar negara selewat-lewatnya Jun ini bagi memperkukuh kemahiran dalam pengurusan pasca bencana, kata Exco Belia dan Sukan negeri Mohd Najwan Halimi.

Mohd Najwan yang juga Exco Pengurusan Bencana berkata langkah tersebut dirasakan perlu sebagai persediaan menghadapi bencana luar jangka seperti insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, atau bencana alam lain seperti gempa bumi.

“Tiada siapa yang mahu berdepan dengan bencana, namun Kerajaan Selangor mahu semua pegawai unit pengurusan bencana diperlengkapkan dengan kemahiran terkini berdasarkan pengalaman negara maju seperti Jepun.

“Walaupun sebelum ini Malaysia dianggap kurang berisiko dilanda bencana seperti gempa bumi, perubahan pergerakan plat tektonik yang kini turut menggoncang negara jiran seperti Filipina dan Thailand kebelakangan ini wajar diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik di Kompleks Belia dan Sukan Selangor, Seksyen 7, di sini hari ini.

Mohd Najwan berkata pihaknya optimis bahawa inisiatif sedia ada, termasuk mencontohi kaedah pengurusan bencana negara seperti Jepun, dapat memberi input penting kepada Unit Pengurusan Bencana Negeri.

“Saya percaya usaha ini akan mendedahkan kita (unit pengurusan bencana) kepada kemahiran baharu, sekali gus membentuk gerak kerja lebih berkesan dan bersesuaian dengan keperluan semasa,” katanya.

Terdahulu, Mohd Najwan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik menerima kehadiran lebih 5,000 tetamu pada majlis rumah terbuka berkenaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Greenbriar Announces the Closing Stage for Sage Ranch

Scottsdale, Arizona - Newsfile Corp. - July 10, 2026 - Greenbriar Sustainable Living Inc. (TSXV: GRB) (OTC Pink: GEBRF) ("Greenbriar" or the "Company") is pleased to announce that the company has commenced the following pre-closing activities:

Green SM Wins Double Honors at the HR Asia Awards 2026

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 10 July 2026 - Green SM has been recognized with two prestigious accolades at the HR Asia Awards 2026: "Best Companies to Work for in Asia – Vietnam" and the Technology Empowerment Awards.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings