the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pemandu treler maut rempuh dua kenderaan, rumah

IPOH: Seorang pemandu treler maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 47 Jalan Ipoh-Lumut, Bota, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah berkata dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, pemandu treler yang membawa muatan simen berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa treler terbabit yang dalam perjalanan dari arah Seri Iskandar ke Gelung Pepuyu, dekat sini hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah treler serta kereta Toyota Vios yang diletakkan di tepi jalan.

“Akibat perlanggaran treler itu turut merempuh garaj sebuah rumah yang terletak kira-kira 100 meter di sebelah kiri jalan berkenaan,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Hafezul Helmi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat Insp M.Maheswaran di talian 010-7005051 atau mana-mana balai polis berhampiran.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings