PUTRAJAYA: Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2025 kini dibuka untuk pendaftaran dengan fokus kepada tiga topik utama iaitu cadangan Belanjawan 2026, e-Invois serta Transformasi Digital Sistem Taksir Sendiri CKHT dan Duti Setem.
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan seminar itu akan diadakan dalam lima siri bermula 14 Oktober hingga 10 November depan.
Penganjuran seminar merangkumi sesi bersemuka di Johor, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah serta satu sesi secara maya dengan yuran penyertaan RM350.
Seminar tersebut menghimpunkan pembentang dan ahli panel berpengalaman dalam bidang percukaian termasuk pegawai kanan Kementerian Kewangan Malaysia dan LHDN.
Penganjuran seminar memberi peluang kepada pengamal percukaian dan pembayar cukai untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung pindaan semua akta LHDN.
Pembangunan Sumber Manusia Bhd membenarkan majikan berdaftar menuntut kos latihan peserta SPK 2025 di bawah Skim Bantuan Latihan.
Majikan perlu memilih kategori Non-Registered Training Provider Details - Government semasa memohon geran latihan.
Pendaftaran boleh dibuat melalui portal rasmi SPK di https://seminar.hasil.gov.my.
Pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau melalui HASiL Live Chat. – Bernama